TEMUDUGA UiTM- SENI LUKIS DAN SENI REKA

Assalammualaikum uolls😙

Hari ni Zee nak cerita pasal temuduga UiTM di Shah Alam untuk batch 99 2k17🎉So, benda ni boleh la untuk next batch nanti okay. Jadi, cerita dia bermula dari ini.

First, korang akan dapat text dari 15888, then  dia akan suruh korang check Panggilan Temu Duga dekat online. Text ini dorang akan bagi seminggu awal for any preparation. Alhamdulillah Zee dapat temuduga course Seni Lukis dan Seni Reka yang first choice di UPU. Bila dah semak online, memang happy gile-gile sampai tak tahu nak cakap apa😆💖

So, dah tiba hari dia, sabtu, 22/4, Zee bangun awal, pukul 6 a.m., bangun je awal, but siap satu jam! Not me, but my mom😐 Zee takut jalan jem, tapi sabar jela^^ Dia kata kena sampai sana 8:30 a.m. So dalam 7 lebih macam tu Zee keluar. Guess what? Seriously, jalan JEM!!😥 8:30 pun still tak sampai, then ayah Zee juga laluan shortcut, sama je. Aduh, memang nasib!

Okay, bila dah sampai sana, perghh! MasyaAllah, ramai gila! Pastu korang kena cari nama dekat list uh, sampai juling mata Zee😝 Lepas tuh ambik borang temuduga then beratur duduk dekat situ sampai kematu punggung korang! Jadi, setiap tahun acara dia sama saje,

1-Ujian Melukis
2-Interview


Just adalah one year uh tak ingat bila, dia ada 3 ujian, en ujian apatah Zee pun tak tahu. Sebelum ujian melukis, korang akan dapat satu borang ni, dekat situ ada angkat giliran and Zee dapat no 674!! Gila ramai bakhangg😭 Time ujian tuh pulak korang kena bawak A3 paper, pensil 2B and pemadam sahaja. Lain tidak dibenarkan. So, bila dan time ujian tuh korang akan masuk satu bilik ni. Dalam bilik tuh maximum 20 orang sahaja. Lepas tuh korang akan nampak satu barang dekat tengah-tengah bilik tuh untuk dilukis, dan dikelilingi dengan meja meja untuk korang duduk dan lukis. Time Zee, Zee kena lukis ini,


Itu yang Zee kena lukis. Okay, ini ada tips. Kalau boleh, please korang cari tempat yang depan-depan supaya kalau korang nak lukis tuh senang and lagi jelas laa barang tuh. Lepas tuh, kalau contoh korang dapat yang kain tuh ada corak, please, please jangan buat corak tuh, better kosong kan. Sebab ape? Kalau tak, lukisan korang Maybe jahanam. So, Prof tuh bagi la arahan. Apa yang dia nak dalam lukisan cuma tone dan cahaya dari arah mana sahaja. Kalau bayang-bayang tuh kalau boleh korang lukis sikit jela, jangan melebih, nanti kena tegur😪 Masa yang diberikan hanya 40 minit untuk tahun ni la kut, sebab sepatutnya 1 jam. Mungkin sebab ramai. Zee baru tahu yang datang semua 1k+ orang. Gila ramai. So, ini hasil Zee,


Tak lawa pun, but Zee puas hati la dengan lukisan ni😊 

Lepas tuh, giliran temuduga tuh pulak. Sementara nak tunggu giliran, korang kena pilih course yang korang nak kena sambung belajar nanti. Kan tadi Zee ada cakap, korang akan dapat satu borang tuh, so dalam borang tuh ada 1-9 course. Semuanya lain-lain tempat. Course yang ditawarkan ialah:

1-Seni Grafik
2-Seni Tekstil
3-Seni Halus
4-Seni Percetakan
5-Fashion
6-Fotografi
7-Seni Reka Perindustrian
8-Seramik
9-Logam Halus

So, itu la course yang korang kena susun dari 1-9. Oleh kerana Zee x ade apa-apa prepare, Zee pilih course fotografi first. Selamat dalam phone ada simpan gambar gambar time zaman sekolah dulu, so ada laa bukti sikit en. So, bila dah time my turn to interview, ada dua panel dekat situ, sorang tua sikit and sorang muda, dorang interview 3 orang sekali gus sebab ramai sangat. Zee dapat yang muda. Alhamdulillah, dia sporting👏😭 Kurang sikit nervous. Jadi perkara pertama mesti apa? Bagi salam. Itu wajib. Lepas tuh, selagi dia tak suruh duduk, jangan duduk. Itu semua ada markah. So, ini soalan-soalan dia,

#Okay, awak pilih first fotografi. Ada kamera.
#Gambar apa yang awak pernah tangkap? 
#Awak ada album?
#Okay, pilihan kedua awak, seni grafik, wow. 
#Contoh, kalau awak dapat seni grafik ni, kalau kami hantar jauh-jauh, awak sanggup?(kalau soalan ni dia tanya, korang just jawab yang korang okay. Dorang just bergurau.)
#Okay, pilihan ketiga awak, fashion. Minat Fashion?
#Okay, itu sahaja, awak boleh pergi.

Ucap terima kasih then korang dah boleh pergi. So itu saja yang Zee boleh kongsi. Semoga ini semua memberi manfaat dekat batch yang akan datang. Wish me luck you guys!

Comments

Popular posts from this blog

LIRIK LAGU JAGA JAGA - AMIRA OTHMAN

BERMULA PERKENALAN.